Personal dan Sosial yang Soleh...


Bismillah..
Assalamualaikum..

“Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan berbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.” (QS. Al-Hajj: 77)

Ayat ini menggambarkan secara ringkas manhaj Allah SWT untuk manusia dan beban taklif  bagi mereka agar mendapatkan keselamatan dan kemenangan. Ia dimulakan dengan perintah untuk rukuk dan sujud yang merupakan gambaran gerakan solat yang tampak dan jelas, dilanjutkan dengan perintah untuk beribadah secara umum yang meliputi segala gerakan, amal dan pikiran yang di tujukan hanya kepada Allah SWT sehingga segala aktiviti manusia boleh beralih menjadi ibadah bila hati ditujukan hanya kepada Allah SWT bahkan kenikmatan-kenikmatan dari kelazatan hidup dunia yang dirasakannya dapat bernilai ibadah yang ditulis sebagai pahala amal baik .

Ayat ini ditutup dengan perintah berbuat baik secara umum dalam hubungan horizontal dengan manusia setelah perintah untuk membangun hubungan vertikal dengan Allah SWT, dalam solat dan ibadah lainnya. Oleh sebab itu, perintah ibadah dimaksudkan agar umat Islam selalu terhubung dengan Allah SWT sehingga kehidupan berdiri di atas landasan yang kukuh dan jalur yang dapat membawa kepada-Nya. Sedangkan perintah untuk melakukan kebaikan, dapat membangkitkan kehidupan yang istiqamah dan kehidupan masyarakat yang penuh dengan suasana kasih sayang.

Perintah ini dipertegas kembali di akhir surah al-Hajj, bahawa umat Islam akan mampu mempertahankan kewujudannya  sebagai umat pilihan dan sebagai saksi atas umat yang lain manakala mampu membina hubungan baik dengan Allah SWT dan membina hubungan baik sesama manusia.
Secara redaksional  dalam urutan perintah ayat di atas, ternyata Allah SWT mendahulukan kesolehan personal dari kesolehan sosial. Ini bererti bahawa untuk membangun kesolehan sosial, harus dimulai dengan kesolehan personal. Atau kesolehan personal akan memberikan kekuatan untuk soleh juga secara sosial. Bahkan seluruh perintah beribadah kepada Allah SWT dimaksudkan agar lahir darinya kesolehan sosial, seperti solat misalnya, bagaimana ia boleh mencegah dari perbuatan keji dan munkar.

Telah dijelaskan oleh Ibnu Asyur bahawa dua bentuk amal inilah yang sangat berat untuk dilakukan kerana: Pertama, bangun malam merupakan sesuatu yang sangat berat kerana mengganggu rehat seseorang. Padahal amal itu merupakan amal yang paling utama untuk membangun kesolehan personal seseorang. Kedua, amal yang melibatkan harta terkadang sangat sukar untuk dipenuhi kerana manusia pada dasarnya memiliki sifat kikir dengan sangat mencintai hartanya. Di sinilah Allah SWT menguji kesolehan sosial seseorang dengan memintanya untuk mengeluarkan sebahagian harta untuk mereka yang memerlukan.

Cara agar tidak bersifat keluh kesah lagi kikir juga sangat terkait dengan kemampuan seseorang membangun dalam dirinya dua kesolehan tersebut secara serentak. Allah SWT memberi jaminan;

“Kecuali orang-orang yang mengerjakan solat, yang mereka itu tetap mengerjakan solatnya, dan orang-orang dalam hartanya tersedia bahagian tertentu, bagi orang miskin yang meminta dan orang yang tidak memiliki apa-apa (yang tidak mau meminta).” (QS. Al-Ma’arij : 22-25)

Berapa banyak dari umat ini yang hanya mementingkan soleh secara sosial tapi lupa akan hubungan baik dengan Allah SWT. Sebaliknya, banyak juga yang soleh secara personal namun ketika berhadapan dengan sosial, ia larut dan tidak mampu membangun kesolehan di tengah-tengah  mereka. Sungguh umat ini sangat memerlukan kehadiran komuniti yang soleh secara personal, dalam erti mampu menjaga hubungan baik dengan Allah SWT. Soleh secara sosial dalam erti mampu memelihara hubungan baik dan memberi kebaikan dan manfaat yang besar bagi kemanusiaan.
 
Allahu a’lam

sumber: halaqah online.com

0 Response to Personal dan Sosial yang Soleh...